Quick Links
Kaedah Penggunaan AI: Pembentangan AI MASCO
Kaedah di dalam Perbincangan: Memperkemas Pengelasan MASCO
Senarai MASCO di dalam Excel: Masterlist Use Case 1 (last updated: 25 September 2023)
Latar Belakang
Bengkel kali ini adalah hasil daripada perjumpaan di antara pihak Dasar KSM bersama SIP PERKESO yang berlangsung pada pertengahan bulan Julai 2023. Di antara perkara utama yang dibangkitkan adalah perlunya pemantapan MASCO di dalam taksonomi pekerjaan yang digunapakai oleh MYFutureJobs.
Peserta bengkel "Pemurnian Model Metodologi Pemadanan Pekerjaan dengan Kelayakan"
yang berlangsung di Menara Perkeso Putrajaya pada 11-12 Julai 2023.
Susulan daripada bengkel tersebut, pihak PERKESO telah diminta untuk mencadangkan kaedah Artificial Intelligence (AI) yang boleh digunapakai untuk membantu mempercepatkan proses pemantapan MASCO. Satu perjumpaan dan pembentangan telah dibuat pada bulan Ogos 2023 di mana pihak PERKESO telah mencadangkan tiga Use Cases AI yang boleh membantu di dalam pemantapan MASCO.
- Use Case 1: Memperkemas Kluster Pengelasan Pekerjaan
- Use Case 2: Mengembangkan Nama Pekerjaan dengan Nama Alternatif
- Use Case 3: Memperkasakan Senarai Kemahiran Mengikut Pekerjaan
Sebagai rujukan disertakan dokumen pembentangan di pautan ini, Pembentangan AI MASCO
Surat Jemputan ke Bengkel
Hari Kejadian Bengkel
Untuk bengkel kali ini, Use Case 1 akan digunapakai di dalam proses memantapkan MASCO. Teras utama di dalam Use Case 1 adalah:
- Untuk mengelas semula pekerjaan-pekerjaan yang mempunyai kemiripan tinggi dengan menjadikan nama pekerjaan yang terlalu khusus sebagai nama alternatif, dan ia tidak lagi dikelaskan sebagai satu pekerjaan di dalam MASCO
- Hasil utama daripada bengkel ini ialah pengurangan jumlah pekerjaan di dalam senarai MASCO yang sekarang ini adalah sebanyak 6,844. Sebagai rujukan, penggunaan nama pekerjaan di dalam MYFutureJobs dianggarkan di antara 1,000 hingga 1,200
- Dengan pengelasan semula, pelaksanaan Use Case 2 dan Use Case 3 untuk memantapkan lagi MASCO dapat dilaksana dengan lebih berkesan
Kaedah pelaksanaan Use Case 1 akan dibentangkan semasa taklimat, dan dokumennya disertakan di pautan ini, Memperkemas Pengelasan MASCO
Sepanjang bengkel dijalankan, perbincangan di dalam kumpulan akan berteraskan senarai 6,844 pekerjaan yang telah diklusterkan oleh AI kepada 1,681 kluster yang telah disusun di dalam file Excel berikut, Masterlist Use Case 1
Aturcara Bengkel
Usai Bengkel
Adalah dianggarkan selepas pengelasan semula, jumlah nama pekerjaan di dalam MASCO akan berada di antara 4,500 hingga 5,000.
😀
.png)





No comments:
Post a Comment